FOUNDER EEIN USAHAWAN MUDA YANG BERJAYA
Usianya baru 20-an, namun anak muda ini tidak kelihatan seperti usianya. Begitu matang dia berbicara bila bercerita mengenai dunia perniagaan kosmetik yang kebanyakannya dipelopori golongan wanita sekarang ini.
Tuan Muhammad Solihin Bin Abdullah atau mesra dengan panggilan Eein kini bersama rakan kongsinya, Dato' Endy telah menubuhkan syarikat di bawah EIND EMPIRE yang merupakan gabungan dua nama iaitu Eein dan Endy.
Sebelum berjaya seperti sekarang, Eein pernah bekerja sebagai pembantu kedai buku dan salon rambut. Pengalaman lalu membuatkan dia matang dan begitu menghargai setiap peluang yang hadir di depan mata berbanding rakan-rakan sebayanya. Pengalaman hidup bersendirian di kota raya metropolitan banyak mengajar Eein erti sebuah kehidupan. Untuk berjaya seseorang haruslah sentiasa berusaha, rajin, tidak mudah berputus asa, sentiasa berdoa kepada Allah, sentiasa memohon restu dari kedua ibu bapa dan sentiasa memaafkan oang lain.
EIND Empire mula ditubuhkan pada 28 Ogos 2018 dan kini mempunyai agent seluruh malaysia seramai lebih dari 600 orang agent termasuk Sabah, Sarawak, Indonesia, Brunei dan Singapura. Sebagai seorang pengasas produk, tidak menjadi masalah kepada Founder Eein untuk turun padang membantu agent-agent dalam mempromosikan produk dan mengadakan perjumpaan 'sharing ilmu' bersama team di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Setakat ini, beliau telah mengeluarkan 4 produk di bawah jenama EEIN iaitu: EEIN TREATMENT ESSENTIAL SERUM, EEIN CLEANSER, EEIN FOUNDATION dan EEIN BEAUTY CHEWABLE.
Dengan hasil titik peluh Founder Eein, kini beliau telah mempunyai sebuah rumah di bandar Kuala Lumpur & sebuah kereta BMW 5 series dan berhasrat ingin membawa kedua ibu bapa beliau dan agent- agent yang bertuah untuk menunaikan ibadah umrah, InsyaAllah. Kini, beliau juga sedang merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan dan akan mempelbagaikan lagi produk-produk terbaru di samping ingin membantu lebih ramai orang di luar sana untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 4- 5 angka setiap bulan.
Comments
Post a Comment